Banyak baca romance novel ni meniup di benak hati, cinta ni memang wujud untuk gadis yang cantik sahaja ke? atau ada je yang terlahir untuk ordinary look girl. adakah perasaan tu memang akan lahir dari seorang anak adam kepada seorang hawa seperti yang terzahir pada naskah novel itu.
Pilihlah isteri dari empat perkara ; agamanya, keturunannya, harta dan kecantikannya.
(http://mujahideen-islam.blogspot.my/2009/02/kahwinilah-kerana-agamanya-sabda-nabi.html)
Yes, i understand that beauty lies on the eyes of beholder dan cinta itu buta namun, andai ada pilihan, sudah tentu seorang anak adam akan memilih seorang yang tersergam kecantikkannya. Anak adam mana yang tak ingin memilih ladang yang cantik untuk disuburkan? Yes, most people said that looks will be overshadow by many things tapi bukankah dari mata turun ke hati? Dari redupan padangan itu akan tersisip rasa ingin mengenali. Bukankah?
Apakah tanda cantik pada seorang hawa yang boleh mengerak rasa getaran seorang anak adam? Mata yang redup atau senyuman yang tercalit di bibir yang mugil atau pipi yang mulus di sebalik putih merekah?
Tapi, sebelum berfikir tentang cinta dan hati, bukankah diri ini harus melengkapkan diri. Andai nak David Beckham jadilah Victoria setidaknya. Impikan menjadi Cinderella, kapailah seperti Kate Middleton. Jika hati inginkan sang Ali, perlengkapkan lah diri seorang Fatimah.
Yes, i admit that one sentence that keep mingle from my lips is "i don't believe in love" . Franky speaking, semenjak berat badan naik dan belum berusaha untuk menguruskannya, rasa-nya tak pernah sekali pun ada seseorang yang menegur . Bukan cuba menjadi attention seeker, tapi sekadar tertanya dulu, sewaktu masih berada dalam zon kurus, banyak juga yang hadir. Bukti dah ada di depan mata, termaktup. Lantaran itu, sering kali terfikir, kalau kurus sekarang, and nanti jadi gemuk akan ditinggalkan ke? ntah, kalau kurus nanti? Bonuskah?
Dont get me wrong, i do walk a lot! Strolling on frequent basis, sit up and take my supplement. Maybe, the input bigger than output that make the effort seem meaningless. I wont harm myself. Bukankah tubuh ini pinjaman dari yang Maha Esa, tak akan nak disakiti. Perlu dijaga dengan sebaiknya.
Kadang-kadang Allah uji kita dengan apa yang sering kita tuturkan. Something I said in my past came to haunt me back. Kata-kata dari zaman sekolah , " ntah, mungkin paling awal pun 29. ", "tak percaya ada yang akan terima diri seadanya". Tahniah Shafiqa Hanafi, kata-kata ini diuji! Tahun ni, i am proudly 27! Congratulation Shafiqa! Kata-kata ini dikabulkan. Tahniah Shafiqa.
"Being jealous of a beautiful woman is not going to make you more beautiful"-Zsa Zsa Gabor
So kenapa nak berfikir ? Apakan daya seorang hawa dikurniakan satu akal. Acapkali dibutakan dek godaan nafsu. nafsu amarah, nafsu cemburu. Although confident is a woman best cosmetic, there will be at least a lil bit of insecurity.
Mata melahirkan seribu jawapan dari sejuta persoalan, jika mata yang terzahir di raut wajah sebundar ini mungkin akan mempotretkan banyak cerita tapi mataku yang sepet, meniti seribu rahsia.
Dear Shafiqa, sebelum berbicara tentang hati, siapakah kau untuk mempersoalkan takdir, ketentuan Ilahi. Walau jenuh menolak kata, perteguh benteng hati, namun jika ditiup rasa pada nama yang tertulis. Siapalah kita untuk menidaknya. Sebelum menolak kata mustahil, sedarkah dikau rasa hati itu juga rezeki kurniaan Ilahi.
Sama seperti rakan yang lain, sering meniti perbualan dan pertanyaan orang lain.
"Kamu pula, bila lagi" soalan lazim di majlis perkahwinan. "Cubalah bergaya sikit, kurus dan hilangkan 30kg barulah ada yang nak datang menerpa" . Jujur diriku bosan. I am mentally tired with all this overly concerned question and statement. Namun, sedikit sebanyak diri bersyukur kerana masih ada yang prihatin.
Aku x mampu mengharap Ali kerana diri tak semulia Fatimah, aku juga mintak di jauhkan Firaun lantaran diri bukan Asiah. Duduk bertelegu di bibir katil acapkali menerpa setiap malam.
Maafkan ku Sang Pencipta, ku terlalu menangih perhatian dan tercari cinta hambamu sehingga ku terlupa yang cinta itu rezeki dariMu. Pop up in my mind for a second, Semakin Zulaikha mendekat, Semakin Yusuff menjauh. Tatkala Zulaikha mendekat kepada Sang Pencipta, semakin mudah perjalan-Nya.
Tendancy of framing every thing into friendzone make it worse. Due to lack of confidence, afraid of history i keep friendzone everybody. Build up Wall of China on top the everest in my heart and yet, i complained that the world is unfair. I made it unfair at first. Thus, I have lost the right to complain. I keep on insisting that no guy will enchanted by me due to my lack of beauty but yet i forgot that every human is Allah best creation. I should be thankful instead of complaining. I block and reject everyone with my hold ice heart and yet i complain.. Wow , u should be thankful ya lady.
Lontarkan kesemua prejudis, cantik itu subjective, cantik di mata kita belum tentu cantik di mata orang. Hadiah sebuah senyuman dengan keikhlasan kerana itu sebaik-baik sebuah hiasan wanita. Dari merintih suatu kejadian, ingatlah manusia itu sebaik-baik ciptaan-Nya. Maka, saat diri cuba mengutuk kecantikan diri, ibarat mengutuk ciptaan Illahi. Bersyukurlah diri ini masih ada sepasang mata untuk menikmati pandangan masa silam dan hadapan. Masih punya sepasang telinga untuk mendengar, satu hidung untuk bernafas, bibir untuk mengukir sebaik sedekahnya senyuman . Sepasang tangan untuk membelai, sepasang kaki untuk berjalan.
Kecantikan seorang anak hawa bukan hanya untuk dinikmati sang adam, bukan juga untuk jadi ratapan hawa nafsu si rakusan tututan nafsu, tetapi untuk disyukuri nikmat rezeki yang diberi, untuk disayangi.
Wahai wanita hiasan dunia, panjatkan kesyukuran dari yang maha Esa, buangkan semua perjudis, bersyukur dengan nikmat, jangan pula angkuh dengan kelebihan. Memang dunia ini tidak adil, tetapi ianya tidak adil pada setiap manusia, maka bukankah itu adil namanya.
Jujur tatkala diri melihat rakan seusia menitip bahagia yang awal tibanya, dikurnia pula rezeki melimpah. Harta dan satu tambah satu jadi tiga. Diri kadang-kala tercalit rasa pilu, namun..
Dalam mencari empunya rusuk, sempurnakan arahan empunya alam. Dalam mencari si Ali, persiapkan diri menjadi Fatimahnya. Dalam terkejar Yusuff, sediakan diri sang Zulaikha. Tanya dalam hati, kenapa terkejar benda yang dijanjikan, manusia memang di cipta berpasangan, maka tanya pada diri bersediakah memikul tanggungjawab? Kenapa harapkan sebuah hubungan jika diri masih belum sedia menjalankan tuntutan.
Sediakah diri untuk bangun dinihari memastikan makan terjaga, tidurnya lena, pakaian tersedia, emosinya dijaga, aib sama dilindung, nikmat sama di rasa. Sediakah diri? Saat diri telah mampu, InsyaAllah, akan ditiitipkan sinar pelangi. Sabarlah. Tidak digelar beriman selagi tidak diuji, anggaplah ini ujian darinya.
Cantik seseorang terletak pada banyak perkara, serta jangan di ungkit masa silam yang terlah tercoret. Silamnya untuk diteladani bukan untuk diungkiti. Cantik akhlak yang dicari , jangan mudah menghakimi. Hitam silam seseorang mungkin lebih jernih kini berbanding orang lain. Siapalah kita untuk persoalkan hati dan amalan seseorang.
Bersyukurlah. Cantik itu subjective, cantik itu penyeri, luruhkan lontaran ego. Cermin diri sebelum tertanya. Cermin kata sebelum menerpa
Cinta, Emosi dan Cantik seorang hawa.
Thanks,
© Shafiqa Hanafi
Post a Comment